55 Amalan Sunnah Rasulullah Penting Diamalkan

  1. Menguap

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

  1. Menyimpan Janggut

Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

  1. Jangan Menghadap Kiblat Ketika Buang Air

Jangan menghadap/membelakang Kiblat ketika buang air kecil/besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

- Iklan -
  1. Warna Pakaian Rasulullah

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih karana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

  1. Posisi Tidur

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

  1. Minum Lepas Makan

Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

- Iklan -
  1. Tidur Sebelum zuhur

Tidur sebentar sebelum zuhur kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zuhur.

  1. Berdiri Hormat

Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majelis.

  1. Pakaian Berwarna

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu/Buddha khususnya bagi lelaki.

- Iklan -
  1. Makan Dengan Orang Miskin

Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

  1. Menu Rasulullah
Baca Juga:  Apalagi Setelah Ramadan? (2)

Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

  1. Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak yaitu bantal, minyak wangi dan susu.

  1. Ketawa Rasulullah

Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

  1. Minuman Rasulullah

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

  1. Hisap Air Dalam Hidung

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

  1. Beri Makan Anak Yatim

Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Kesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

  1. Larangan Pakai Cincin

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

  1. Bangun Tidur

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

  1. Kongsi Makanan

Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

  1. 4 Rakaat Sebelum zuhur

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zuhur. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika shalat zuhur.

  1. Istighfar

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

  1. Jangan Mencaci Makanan
Baca Juga:  Apa Bedanya Zakat Mal dan Zakat Fitrah?

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah, jika tidak suka biarkan sahaja.

  1. Apabila Bertamu

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

  1. Jawab Salam Dalam Tandas

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

  1. Makanan Panas

Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

  1. Giliran Minum

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

  1. 3 Amal

Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15hb Hijrah),solat Dhuha dan solat sunat Witir.

  1. Jangan Tidur Meniarap

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

  1. Cara Pegang Miswak

Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

  1. Dua Rakaat Sebelum Subuh

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya….

Itulah penjelasan dari 55 Amalan Sunnah Rasulullah Penting Diamalkan, semoga bermanfaat!

- Iklan -

Bagikan:

BERITA TERKAIT

REKOMENDASI

BERITA TERBARU