55 Amalan Sunnah Rasulullah Penting Diamalkan

Sedikitnya ada 55 amalan sunnah Rasulullah Muhammad SAW, penting diamalkan, agar kita terhindar dari ancaman yang menyesatkan. Apa saja itu ? Berikut detailnya :

55 Amalan Sunnah Rasulullah Penting Diamalkan

  1. Pandangan Mata

Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada khusyuk.

  1. Makan Garam

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

- Iklan -
  1. Minum Tangan Kanan

Senatiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

  1. Sesaat Di Jalan Allah

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari sholat di depan Hajar Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar “hai kawan ayuhlah kita solat”.

  1. Langkah Kanan

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

- Iklan -
  1. Makan Tiga Jari

Nabi SAW makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

  1. Jaminan Allah

3 orang mendapat jaminan Allah yaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

  1. Gunting Bulu
Baca Juga:  Puasa dan Salat

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

- Iklan -
  1. Jangan Bersiul

Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

  1. Cara Potong Kuku Tangan

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

  1. Cara Potong Kuku Kaki

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

  1. Panjang Lengan Baju

Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

  1. Pakaian Kesukaan

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

  1. Bersiwak

Jika didahului dengan bersiwak (bersugi),satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih.Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

  1. Doa Dalam Sujud

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

  1. Adab Di Tandas

Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

  1. Adab Makan

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

  1. Tiga Jenis Orang
Baca Juga:  Kebaikan Akan Berbuah Kebaikan

3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

  1. Pakai Minyak Wangi

Memakai minyak wangi adalah sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

  1. Ambil Wuduk Sebelum Tidur

Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

  1. Cincin Perak

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

  1. Solat Fardhu Di Masjid

Nabi SAW tidak pernah sholat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darajat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

  1. Pakai Celak

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri

  1. Panjang Pakaian

Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali.

  1. Sholat Fardhu Berjemaah

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari sholat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan sholat?

- Iklan -

Bagikan:

BERITA TERKAIT

REKOMENDASI

BERITA TERBARU