Daftar 5 Perpustakaan Islam di Dunia yang Jarang Diketahui

Dunia Islam kaya dengan perpustakaan, yang biasa didengari adalah perpustakaan Baytul Hikmah di Baghdad yang tidak lagi perlu diperkenalkan dengan kehebatannya suatu masa dahulu. Namun jarang sekali didengari perpustakaan lain yang tidak ketinggalan juga merupakan perpustakaan hebat di dunia islam ini. Adakah kita kenal mereka?

1. Perpustakaan Qarawiyyin

Perpustakaan Qarawiyyin merupakan salah satu perpustakaan tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 859 di Fez, Morocco. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan tertua di Afrika dan perpustakaan ini di iktiraf perpustakaan tertua yang masih berfungsi dari awal pembinaan sehingga kini.

Antara manuskrip yang agak nadir di perpustakaan ini adalah seperti manuskrip Muqaddimah Ibn Khaldun yang ditulis pada abad ke 14, Quran kaligrafi kufi abad ke-9 dan manuskrip penulisan Ibn Rushd. Perpustakaan ini memainkan peranan penting dalam perpindahan ilmu dari dunia islam ke Eropah ketika dunia Eropah masih di zaman kegelapan.

- Iklan -

2. Mustanisrriyya

Perpustakaan mustansiriyya merupakan antara perpustakaan yang terselamat dari serangan Mongol pada 1258 yang menghancurkan Baghdad. Ianya dibina pada tahun 1227 berdekatan sungai Tigris. Disebutkan terdapat kira-kira 80,000 manuskrip yang disimpan disini dan pada tahun 1393 perpustakaan ini digabungkan bersama Madrassah Nizamiyah.

Baca Juga:  6 Negara Terkecil di Dunia yang Memiliki Fakta Unik

3. Library Topkapi, Istanbul

Perpustakaan ini terletak di dalam istana Topkapi di Istanbul dan mengumpulkan warisan manuskrip yang luas hasil dari wilayah di bawah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Terdapat kira-kira 14,000 manuskrip dan pelbagai kesenian yang tersimpan didalam istana topkapi ini.

Penulisan dan album dari dunia arab, seljuk, mamluk, mongol, timurid, uzbek, turkmen, safavid kesemuanya dikumpulkan didalam istana ini dan boleh dijumpai sehingga ke hari ini.

- Iklan -

4. Library Cordoba

Andalus pernah menjadi pusat kepada kecemerlangan keilmuan dunia islam suatu masa dahulu yang mana pernah disebut sebagai sebab kepada kebangkitan dunia Eropah dari sudut keilmuan.

Kira-kira terdapat 380 masjid, 800 madrasah, 70 perpustakaan awam dan banyak lagi perpustakaan peribadi yang berada didalam bandar Cordoba di Andalus itu. Masjid Cordoba merupakan university terbesar di Eropah ketika zaman islam dan mempunyai hampir 4000 pelajar dalam satu masa.

Baca Juga:  8 Sungai Terpanjang Di Indonesia, Yuk Ketahui Mana Saja!

Rheinhart Dozy berpendapat bahawa hampir setiap orang boleh membaca dan menulis dan dibandingkan dengan Eropah ketika itu yang mana hanya Priest dan aristorkrat sahaja yang boleh menulis dan membaca.

- Iklan -

Di sini juga terletak hasil terjemahan penulisan-penulisan seperti Plato dan Aristotle kedalam bahasa arab. Malah penulisan Ibn Sina, Ibn Rushd juga disimpan di dalam perpustakaan ini suatu masa dahulu.

5. Perpustakaan Mughal India

Perpustakaan pertama didalam Mughal ditubuhkan oleh Raja Zaheer al-Din Babur pada 1526. Terdapat hampir 24,000 tajuk buku yan terdapat didalam perpustakaan ini. Disini juga terdapat perpustakaan khas untuk wanita.

Di dalam perpustakaan ini terdapat pelbagai manuskrip berkaitan astronomi, astrology, matematik, tafsir, hadis, musik dan perubatan. Perpustakaan ini menjadi tempat perkumpulan para ilmuan, ulama’ dari pelbagai negara seperti Samarkand, Khurasan, Herat yang dibawa masuk ketika zaman Zaheer Al-Din Babur.

- Iklan -

Bagikan:

BERITA TERKAIT

REKOMENDASI

BERITA TERBARU